Portal Rasmi Bahagian Kejuruteraan Awam & Senggara

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Portal Rasmi Bahagian Kejuruteraan Awam & Senggara

Perutusan Ketua Penolong Pengarah

E-mail Cetak PDF

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia kepada semua pelanggan JKR Perak dan Selamat Datang ke Portal Web Rasmi Bahagian Kejuruteraan Awam Dan Senggara.

Pertama sekali saya ingin melafazkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata dalam Portal Web Rasmi Bahagian Kejuruteraan Awam Dan Senggara ini.


Ir. Mohd. Yusoff Bin Hj. Zahidin

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada pegawai-pegawai yang terlibat dalam pembangunan portal ini. Sesungguhnya dengan berkat kesungguhan dan kegigihan mereka, portal ini telah dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Saya amat berterima kasih dan semoga usaha seperti ini dapat diteruskan di masa-masa hadapan.

Dengan adanya portal ini, semua pelanggan yang mengunjungi Portal Web Rasmi Bahagian Kejuruteraan Awam Dan Senggara dapat berkongsi maklumat bersama-sama dengan lebih cepat dan mudah. Antara maklumat yang dapat dikongsi bersama adalah Sejarah Penubuhan Bahagian Kejuruteraan Awam Dan Senggara, Profil, Organisasi dan fungsi Bahagian Kejuruteraan Awam Dan Senggara, Maklumat Tender sebagainya. Melalui maklumat yang disediakan di Portal Web Rasmi Bahagian Kejuruteraan Awam Dan Senggara ini, komunikasi dan perhubungan terus akan dapat dilakukan dengan lebih mudah.

Saya juga berharap dengan adanya Portal Web Rasmi Bahagian Kejuruteraan Awam Dan Senggara akan dapat membantu menyelesaikan aduan orang ramai dengan cekap dan berkesan. Saya juga turut mengalu-alukan sebarang teguran, cadangan, komen dan juga pendapat serta saranan daripada semua pelanggan JKR Perak, bagi memperbaiki dan meningkatkan lagi kandungan dan kualiti portal ini disamping memudahkan orang ramai membuat aduan dan menyemak status aduan mereka serta mendapat informasi mengenai Bahagian Kejuruteraan Awam Dan Senggara.

Sekian Terima Kasih


Ir. Mohd. Yusoff Bin Hj. Zahidin
Ketua Penolong Pengarah ( BKAS )
JKR Perak

Last Updated on Khamis, 15 Mac 2012 12:09

Kenyataan Penafian | Dasar Privasi | Soalan Lazim

BAHAGIAN KEJURUTERAAN AWAM & SENGGARA
Aras 6, Jabatan Kerja Raya Negeri Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak, Malaysia.

Tel: 605-2534041 Faksimili: 605-2415328 Toll Free: 1-800-88-3377
Email : admin@jkrperak.gov.my

 
You are here MUKA HADAPAN